Hantar emel mengikut masa ditetapkan (Gmail Tested)

Masalah:

Katakan anda akan balik kampung dan berada di sana selama 2 minggu untuk kerana ada urusan penting yang perlu diuruskan. Pada waktu yang sama anda ada ‘peringatan’ (notification) yang perlu dihantar kepada pekerja-pekerja anda melalui emel. TAPI, emel itu perlu dihantar 5 hari selepas anda bertolak ke kampung, dan semestinya ketika itu anda sudah berada di kampung, kan? Jadi?

Jawapan:

Saya juga pernah mengalami masalah di atas, tapi bukanlah emel kepada pekerja kerana saya bukan bos! Saya tidak menjamin keberhasilan cara ini, tapi setakar ini semuanya baik dan berjalan lancar. Ingat, saya guna Gmail.

Langkah 1

Pergi ke www.deferredsender.com dan anda akan nampak satu ruang untuk diisi. Apa lagi, isi emel anda di ruangan tersebut. Emel Gmail anda. Sebelum anda klik butang ‘Join’ pastikan anda sudah klik pada ‘I agree to all Terms of Use.

deferredsender-hantar-emel-luqman-kom-my

Langkah 2

Anda akan mendapat satu link pengaktifan (pengesahan) yang telah dihantar ke emel anda. Sila cek emel anda dan klik pada link pengaktifan tersebut.

Langkah 3

Selepas anda mengaktifkan emel, anda akan terima satu lagi emel mengenai cara-cara menggunakan DeferredSender ini. Pada mulanya, ketika saya dapat emel ini, saya sendiri pun tak faham walaupun sudah diberi contoh. (lembab betul saya ni..huhu)

Dalam langkah ke-3 ini, tidak ada apa-apa yang perlu anda lakukan. Anda cuma baca arahan dan cara-cara untuk menggunakan deferredsender ini. Tapi di sini, saya tunjukkan cara saya:

Katakan saya mahu emel ke luqman@luqman.kom.my dan saya ingin hantar pada 8 pagi esok hari. Jadi, ini yang perlu saya tulis:

deffered-sender-emel-luqman-kom-my

Lihat pada A:

Alamat yang perlu dihantar ialah kepada

deferred@deferredsender.com

Lihat pada B:

B pula adalah ‘prefix’ yang WAJIB diletakkan. Kepada siapa ditujukan, bila ia akan dihantar perlu ditulis di sini.

Untuk maklumat lanjut and boleh pergi ke: http://www.deferredsender.com/help

One Comment

  1. 23/06/2010

    Nice findings. Boleh tak letakkan screenshot email orang yg menerima?
    Kalau ada teknik macam ni boleh tukar gmail jadik autoresponder

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*

Spam Protection by WP-SpamFree