Lupa password cPanel

Saya memang jarang log masuk ke cPanel, tetapi hanya menggunakan FTP client (Cute FTP) dimana username dan password sudah disetkan di situ. Jadi saya tidak perlu menaip nama dan password setiap kali untuk upload file ke host. Tapi, ada satu masalah yang timbul semalam. Kerana terlalu asyik bergantung pada password ‘remember me’ saya terlupa apakah huruf dan nombor disebalik asterik (******) tu, halamak…

Apa lagi, saya buat la apa yang patut. Cek emel, maklumat login cpanel. Tapi sayangnya, saya sendiri yang dah mengubah password tersebut! Oh, macam mana ni. Dengan menggunakan ‘cute ftp password recovery’ alhamdulillah saya jumpa satu software yang dapat mendedahkan apa disebalik asterik2 tu. Advanced FTP Password Recovery adalah software yang saya maksudkan. Nak tengok bagaimana ia berfungsi?

OK, sekarang ni saya nak tau apa disebalik asterik ni

dan menggunakan software yang saya sebutkan tadi, ta-da.. tak sangka saya dapat password tu balik! Rupa-rupanya password tu nombor (–tut–) saya! Saya tunjuk password contoh je kat sini.

Ps: Saya tak ajar buat mende jahat ye.

One Comment

  1. 04/08/2010

    You post informative posts, bookmarked for future referrence !

Post a Comment

Your email is never shared. Required fields are marked *

*
*

Spam Protection by WP-SpamFree